Saturday, 22 October 2016
Cara Mencari Duit Lebih
Oh,hello !
=.=
Nampak macam burok perangai kan bila anak dara sunti tak cakap Assalamualaikum then terus dahulukan entri dengan cakap Hello. Langsung tak beradab sopan. Dah la orang Melayu beragama Islam. Cisss !
Assalamualaikum..
Okay, dah sopan. Baru la macam perempuan melayu terakhir sekaligus dah boleh masuk rancangan gadis melayu. haktuih! Perangai macam setan ada hati nak masuk rancangan tu. haha
Berbalik kepada tajuk entri ye tapi sebelum tu nak tanya sikit "pernah tak korang terasa macam nak cari duit sampingan? nak cari duit lebih so boleh la shopping kat Cotton On." Mesti nak kan? Tapi korang tak tau macam mana cara nak cari duit lebih tu. Okay, aku ada idea so boleh la aku share ngan korang. Kalau nak join boleh. Tersangat-sangat dialu-alukan.
Benda yang aku nak share ni bukan benda yang berkaitan MLM. OH TIDAK OKAY !. Yang aku nak share ni adalah cara yang mudah. *boleh tahan la*. Pada yang tak tau, aku ni ada buat bisness kecil-kecilan. Aku ada bukak butik online.
Bagi aku, perkara ni dah macam trend dah. Semua orang ada facebook so aku rasa macam senang nak cari customer especially untuk remaja macam aku. Mula-mula baru bukak memang la payah sikit sebab opkos la diorang macam kurang percaya kan. Tapi bila dah lama-lama *adalah dalam 3-4bulan* baru diorang mula percaya so keep order barang-barang yang baru. Alhamdulillah. Walaupun tak selebat mana order yang diterima, tapi boleh la aku bayar duit sewa rumah sekarang.
Kadang-kadang aku pelik macam mana ada sesetengah butik tu boleh dapat nak dekat 100 order sehari. Mungkin diorang dah jumpa strategi terbaik. Cuma aku je yang masih tercari-cari. Tapi tak pe, usaha tangga kejayaan. Bagi aku, rezeki tu sentiasa ada tapi dengan cara yang berbeza-beza. Jangan jadi macam orang melayu zaman sekarang yang cepat iri hati dengan kejayaan orang lain. Bila tengok orang lain dah maju, mulalh tak senang duduk. Kita sepatutnya support orang kita, bukan menjatuhkan bangsa kita sendiri.
So untuk sesiapa yang terasa macam nak cari duit lebih dengan buat bisness online macam aku, boleh la cari aku. Sebab aku sekarang pun ada jugak buat order untuk yang baru nak setup bisness. Harga untuk borong adalah lain dari yang runcit. Minimum order adalah 10 unit. Sesuai sangat untuk suri rumah sepenuh masa, student dan jugak akak-akak yang masih bekerja.
Siapa lagi yang akan bantu diri kita kalau bukan diri kita sendiri.
assignment EDU 3073
TUGASAN
PROJEK 1
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (B&K)
merupakan salah satu perkhidmatan yang sedang bertambah penting pada zaman ini.
Ini dapat dilihat apabila kebanyakan organisasi menyediakan perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling. Antara organisasi yang menyediakan perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling ialah sekolah, institut pengajian tinggi awam,institut
pengajian tinggi swasta, syarikat-syarikat dan sebagainya. Istilah bimbingan
dan kaunseling mempunyai pelbagai makna dan berikutan adalah makna yang diberi
oleh beberapa tokoh pendidikan : -
Definisi Bimbingan
|
·
Shertzer dan
Stone (1974) menerangkan bimbingan sebagai suatu proses yang membantu
individu memahami diri mereka dan dunia mereka.Individu tersebut akan
dibantu oleh guru bimbingan atau kaunselor agar menyedari segala kekuatan
dan kelemahan diri mereka.Dengan itu,mereka akan menentukan aras aspirasi
yang lebih realisitik dengan kebolehan dan minat mereka.Melalui cara ini,
individu dapat mengembangkan kebolehannya ke satu tahap yang maksimum tanpa
menjejaskan kesejahteraan hidup yang mungkin mendatangkan stress yang
melampau.
|
·
Alice Crow (1964)
menjelaskan bimbingan sebagai bantuan yang diberi kepada seseorang individu
bagi menentukan matlamat jangka pendek dan panjang, merancang cara-cara
bertindak serta memperbaik sikap dan tingkah laku dalam aspek-aspek yang
perlu.
|
Rajah
1 : Definisi
Istilah bimbingan.
·
Mcdaniel dan
Shaftel (1956) menyatakan bimbingan ialah suatu pola khidmat yang
merangkumi orientasi maklumat pendidikan dan kerjaya, inventori individu,
kaunseling, penempatan dan aktiviti susulan.
|
·
George, R.L. dan
Cristiani, T.S. (1995) menjelaskan bimbingan sebagai kegiatan memberikan
maklumat yang berkaitan dengan minat dan keperluan peribadi murid seperti
maklumat pendidikan, sosial atau vokasional. Tujuan bimbingan lebih
menekankan pencegahan daripada rawatan masalah psikologi.
|
Definisi Bimbingan
|
·
D.W Lefever
(1970) menjelaskan bimbingan sebagai suatu proses pendidikan yang berlanjutan,
tersusun dan sistematik. Bimbingan bertujuan membantu seseorang individu
melalui daya usahanya sendiri untuk mengembangkan kebolehannya serta
membuat penyesuaian diri dengan kehendak masyarakat agar memperoleh
kesejahteraan hidup.
|
Rajah
1 : Definisi
Istilah bimbingan.
·
Shertzer dan
Stone (1974) telah mentakrifkan kaunseling sebagai suatu proses interaksi
yang membolehkan individu itu memahami diri dan persekitarannya. Hal ini
akan membantunya membentuk matlamat dan nilai yang akan menjadi asas kepada
tingkah lakunya pada masa hadapan.
|
Rajah
2 : Definisi Istilah
Kaunseling.
Definisi
Kaunseling
|
·
Boy dan Pine
(1968) menyatakan kaunseling ialah suatu perhubungan bersemuka di mana
seorang klien mendapatkan bantuan daripada seorang kaunselor. Perhubungan
ini mempunyai ciri-ciri seperti komunikasi yang efektif, saling
hormat-menghormati, penerimaan klien secara tulen oleh kaunselor dan
penumpuan diberikan kepada keperluan, masalah serta perasaan klien.
|
·
Corey (1977)
berpendapat kaunseling ialah proses di mana klien diberi kesempatan untuk
meneroka aspek diri yang menimbulkan kesulitan baginy. Penerokaan ini akan
menimbulkan keinsafan tentang dirinya serta pilihan-pilihan yang boleh
dilakukan agar mencapai kehidupan yang lebih berkesan.
|
·
Arbuckle (1965)
menjelaskan kaunseling ialah proses membantu klien melihat siapa sebenar
dirinya, apa yang dimilikinya dan apa yang dia tidak boleh buat dengan
mudah, apa yang sukar untuk dicapai dan apa yang tidak boleh dicapai langsung.
|
Definisi
Kaunseling
|
Rajah
1 : Definisi
Istilah Kaunseling.
·
Cottle dan Downie
(1970) mentakrifkan kaunseling sebagai proses di mana seorang kaunselor
membantu seorang klien memahami dan menerma maklumat tentang dirinya dan
interkasi dengan orang-orang lain supaya dia dapat membuat keputusan yang
efektif tentang pilihan-pilihan dalam hidupnya
|
Sekolah rendah merupakan organisasi yang paling
memerlukan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kerana murid-murid sekolah
rendah terdedah kepada pelbagai perkara buruk yang sering menjadi-jadi dalam
masyarakat hari ini. Faktor yang menyebabkan murid-murid sekolah rendah
terdedah kepada perkara buruk ialah ibu bapa yang sibuk dengan kerjaya, pengaruh
rakan sebaya, pengaruh barat dan media massa. Jadi,untuk memastikan murid-murid
tidak melibatkan diri dalam perkara buruk serta seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial mereka memerlukan perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling.
Saya merupakan guru bimbingan dan kaunseling yang baru di Sekolah
Kebangsaan Simpang Renggam. Sebagai seorang guru bimbingan dan kaunseling yang
baru, saya mempunyai pelbagai tanggungjawab dan matlamat untuk dicapai. Pertama
sekali, saya akan menawarkan perkhidmatan yang mesra murid, rakan guru, ibu
bapa dan masyarakat. Perkhidmatan mesra yang diberikan oleh saya akan membantu
murid meningkatkan keupayaan berfikir dan bertindak secara positif dan
berkesan. Seterusnya,sebagai seorang guru dan juga guru bimbingan dan
kaunseling murid merupakan aset penting yang perlu sentiasa dibantu dan
dibimbing menerusi perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling agar mereka boleh membuat keputusan yang wajar dan
betul dalam menjalani kehidupannya. Kemudian,sebelum memulakan perikhidmatan
bimbingan dan kaunseling di SK Simpang Renggam saya perlu membuat pemerhatian
terhadap murid-murid yang bermasalah dan memenangi jiwa mereka supaya dapat
mendahului jangkaan tindakaan murid-murid. Tambahan pula, sebelum memulakan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling saya perlu memastikan murid-murid, rakan sejawat, ibu
bapa dan masyarakat di sekolah merasakan saya sebagai seorang yang paling
dipercayai, diyakini dan disenangi (trustworthy).
Matlamat saya
sebagai seorang guru bimbingan dan kaunseling yang baru di SK Simpang Renggam
ialah memberi perkhidmatan yang selesa dan kondusif kepada murid dalam menyuarakan
isi hati dan permasalahan mereka seterusnya dapat membuat keputusan yang wajar
dan betul. Ini dapat dilihat apabila,murid-murid akan sentiasa mencari saya
jika mereka mempunyai sebarang masalah tidak kira di sekolah ataupun di luar
sekolah kerana saya merupakan seorang guru yang mereka rasa selesa untuk
berkongsi masalah mereka.Meneroka pemikiran murid untuk menyarankan peluang dan
ruang kerjaya yang sesuai dengan personaliti mereka juga merupakan salah satu
lagi matlamat yang perlu dipatuhi oleh saya dalam perjalanan menjadi seorang
guru bimbingan dan kaunseling baru yang berjaya. Lebih-lebih lagi saya perlu
memainkan peranan sebagai seorang agen yang membantu pelajar membuat
penyesuaian peribadi, sosial, emosi dan akademik dengan keadaan di sekolah,
peraturan-peraturan dan tatatertib. Secara peribadi,matlamat saya bekhidmat
sebagai guru bimbingan dan kaunseling di SK Simpang Renggam ialah mengubah
pemikiran pelajar yang negatif ke arah pemikiran positif. Penukaran pemikiran pelajar
ke arah positif bukan sahaja membantu diri pelajar tersebut tetapi membantu
dalam mencapai objektif falsafah pendidikan negara iaitu memperkembangkan
potensi inidividu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, sosial dan intelek
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Selepas berbincang dengan guru besar SK Simpang
Renggam, saya mendapat tahu bahawa sekolah ini mempunyai murid-murid yang
bermasalah disiplin dalam ukuran medium dan juga beberapa orang murid yang
mempunyai masalah peribadi. Jadi,sekolah ini memang memerlukan perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling yang berkualiti supaya semua murid-murid yang
bermasalah disiplin serta masalah peribadi dapat mencari jalan penyelesaian. Masalah
disiplin seperti ponteng sekolah,vandalism,pergaduhan juga dapat dikurangkan
melalui perkhidmatan kaunseling di SK Simpang Renggam. Selain itu,melalui
bimbingan
dan
kaunseling ia akan membantu pelajar melihat siapa sebenar dirinya,
apa yang dimilikinya dan menolong individu-individu memahami diri agar
menyedari kekuatan-kekuatan dan kelemahan-kelemahan diri. Melalui cara ini,
individu dapat mengembangkan kebolehannya ke satu tahap yang maksimum serta
memperoleh kesejahteraan hidup.
Beberapa langkah akan dijalankan oleh saya
untuk memulakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di SK Simpang Renggam. Pertama
sekali,saya akan mengadakan satu sesi bersuai kenalan dengan semua pelajar SK
Simpang Renggam. Tujuan sesi bersuai kenalan ini adalah untuk memastikan semua
pelajar dapat mengenali saya dan dapat mengetahui perkhidmatan-perkhidmatan
yang ditawarkan oleh saya. Seterusnya,saya akan mendekati murid-murid yang
bermasalah secara peribadi kerana ini akan membantu saya dalam mengenali
murid-murid ini dengan lebih rapat dan mendalam. Secara tidak langsung ini akan
membantu dalam kajian saya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh
mereka. Data merupakan perkara yang penting dalam membuat sebarang perkara di
dunia ini. Jadi,saya juga akan mengumpul data data psikologi dan sosiologi untuk
memahami setiap murid dalam meningkatkan keyakinan diri . Saya juga akan
mengkaji sedikit tentang latar belakang murid-murid,sahsiah dan tingkah laku
murid-murid sebagai langkah persediaan sebelum memulakan perkhidmatan bimbingan
dan kaunseling di SK Simpang Renggam. Tingkah laku murid adalah dinamik dan
menurut Blocher (1968) setiap bentuk tingkah laku adalah dinamik dan menuju ke
arah peringkat perkembangan yang baru. Murid-murid mengalami beberapa perubahan
semasa proses perkembangan berlaku. Ada pelajar yang mempunyai perasaan ingin
memberontak terhadap ibu bapa atau pihak berkuasa. Ini mungkin timbul akibat
rasa menginginkan kebebasan. Jadi,sahsiah dan tingkah laku murid-murid merupakan
data penting yang perlu dikumpul oleh saya supaya memulakan perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling dengan jayanya di sekolah yang saya ditempatkan.
Sebagai seorang guru bimbingan dan kaunseling yang
baru, saya akan menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti
perkhidmatan. Ini dapat dilihat apabila saya menyusun program-program seperti
aktiviti gotong-royong, kempen anti dadah, kem bina insan murid dan program
persatuan ibu bapa dan guru. Saya juga akan menjadikan diri saya sebagai
sukarelawan untuk menjadi guru penasihat Kelab Pembimbing Rakan Sebaya. Perkhidmatan
yang akan ditawarkan oleh saya dalam kelab pembimbing rakan sebaya ialah
melatih ahli pembimbing rakan sebaya peringkat sekolah, menjadi fasilitator
dalam aktiviti sekolah serta mengawal dan menasihati ahli kelab pembimbing
rakan sebaya dari segi akademik dan sahsiah diri.
Guru besar SK Simpang Renggam
memberi tahu saya bahawa tahun ini beliau ingin mencapai keputusan UPSR dengan
peratus kelulusan 100% jadi saya akan menjadi penasihat kepada semua program
yang berkaitan dengan tahun 6. Saya akan merancang, menyelia dan melaksanakan program
seperti Program Motivasi Skor A kepada murid-murid tahun 6. Melalui program
seperti ini pemikiran murid akan bertukar ke arah positif dan ini akan membantu
murid dalam mendapat keputusan yang cemerlang. Selain itu,saya juga akan
mewujudkan pendidikan yang baru di sekolah saya yang bernama pendidikan
pencegahan dadah. Pendidikan ini bertujuan untuk mendidik anak murid tentang
kebahayaan dadah dan cara-cara untuk mengelakkannya. Pendidikan pencegahan
dadah ini akan membina ketahanan diri pelajar yang kuat dari segi mental, fizikal
dan rohani. Program-program yang membantu murid-murid menghabiskan masa lapang
mereka dalam cara yang berfaedah juga akan dirancang oleh saya. Sebagai
contohnya, saya akan mengadakan pameran buku. Secara tidak langsung pameran
buku ini akan meningkatkan minat murid terhadap buku dan untuk membaca.
Secara kesimpulannya, sebagai
seorang guru bimbingan dan kaunseling
tugasan utama yang akan dijalankan oleh saya terdapat tujuh. Berikut
merupakan tugasan saya sebagai seorang guru bimbingan dan kaunseling : -
1. Pembangunan dan pengembangan sahsiah diri murid
2. Peningkatan disiplin diri
murid
3. Pendidikan Kerjaya murid
4. Psikososial dan kesejahteraan mental murid
5. Pengurusan Profil Murid
6. Pendidikan Pencegahan
7. Konsultasi keibubapaan
Subscribe to:
Posts (Atom)