Saturday 22 October 2016

assignment EDU 3073

TUGASAN PROJEK 1

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (B&K) merupakan salah satu perkhidmatan yang sedang bertambah penting pada zaman ini. Ini dapat dilihat apabila kebanyakan organisasi menyediakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Antara organisasi yang menyediakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ialah sekolah, institut pengajian tinggi awam,institut pengajian tinggi swasta, syarikat-syarikat dan sebagainya. Istilah bimbingan dan kaunseling mempunyai pelbagai makna dan berikutan adalah makna yang diberi oleh beberapa tokoh pendidikan : -
Definisi Bimbingan
·         Shertzer dan Stone (1974) menerangkan bimbingan sebagai suatu proses yang membantu individu memahami diri mereka dan dunia mereka.Individu tersebut akan dibantu oleh guru bimbingan atau kaunselor agar menyedari segala kekuatan dan kelemahan diri mereka.Dengan itu,mereka akan menentukan aras aspirasi yang lebih realisitik dengan kebolehan dan minat mereka.Melalui cara ini, individu dapat mengembangkan kebolehannya ke satu tahap yang maksimum tanpa menjejaskan kesejahteraan hidup yang mungkin mendatangkan stress yang melampau.
·         Alice Crow (1964) menjelaskan bimbingan sebagai bantuan yang diberi kepada seseorang individu bagi menentukan matlamat jangka pendek dan panjang, merancang cara-cara bertindak serta memperbaik sikap dan tingkah laku dalam aspek-aspek yang perlu.
 














Rajah 1 : Definisi
Istilah bimbingan.



·         Mcdaniel dan Shaftel (1956) menyatakan bimbingan ialah suatu pola khidmat yang merangkumi orientasi maklumat pendidikan dan kerjaya, inventori individu, kaunseling, penempatan dan aktiviti susulan.
·         George, R.L. dan Cristiani, T.S. (1995) menjelaskan bimbingan sebagai kegiatan memberikan maklumat yang berkaitan dengan minat dan keperluan peribadi murid seperti maklumat pendidikan, sosial atau vokasional. Tujuan bimbingan lebih menekankan pencegahan daripada rawatan masalah psikologi.
Definisi Bimbingan
·         D.W Lefever (1970) menjelaskan bimbingan sebagai suatu proses pendidikan yang berlanjutan, tersusun dan sistematik. Bimbingan bertujuan membantu seseorang individu melalui daya usahanya sendiri untuk mengembangkan kebolehannya serta membuat penyesuaian diri dengan kehendak masyarakat agar memperoleh kesejahteraan hidup.
 



















Rajah 1 : Definisi
Istilah bimbingan.


·        Shertzer dan Stone (1974) telah mentakrifkan kaunseling sebagai suatu proses interaksi yang membolehkan individu itu memahami diri dan persekitarannya. Hal ini akan membantunya membentuk matlamat dan nilai yang akan menjadi asas kepada tingkah lakunya pada masa hadapan.
 


                                                                                                   Rajah 2 : Definisi Istilah    
                                                                                                        Kaunseling.


Definisi Kaunseling
·        Boy dan Pine (1968) menyatakan kaunseling ialah suatu perhubungan bersemuka di mana seorang klien mendapatkan bantuan daripada seorang kaunselor. Perhubungan ini mempunyai ciri-ciri seperti komunikasi yang efektif, saling hormat-menghormati, penerimaan klien secara tulen oleh kaunselor dan penumpuan diberikan kepada keperluan, masalah serta perasaan klien.
 













·        Corey (1977) berpendapat kaunseling ialah proses di mana klien diberi kesempatan untuk meneroka aspek diri yang menimbulkan kesulitan baginy. Penerokaan ini akan menimbulkan keinsafan tentang dirinya serta pilihan-pilihan yang boleh dilakukan agar mencapai kehidupan yang lebih berkesan.
                                   
                                                                                                                               








·        Arbuckle (1965) menjelaskan kaunseling ialah proses membantu klien melihat siapa sebenar dirinya, apa yang dimilikinya dan apa yang dia tidak boleh buat dengan mudah, apa yang sukar untuk dicapai dan apa yang tidak boleh dicapai langsung.
Definisi Kaunseling
 









Rajah 1 : Definisi
Istilah Kaunseling.
·        Cottle dan Downie (1970) mentakrifkan kaunseling sebagai proses di mana seorang kaunselor membantu seorang klien memahami dan menerma maklumat tentang dirinya dan interkasi dengan orang-orang lain supaya dia dapat membuat keputusan yang efektif tentang pilihan-pilihan dalam hidupnya
 














Sekolah rendah merupakan organisasi yang paling memerlukan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kerana murid-murid sekolah rendah terdedah kepada pelbagai perkara buruk yang sering menjadi-jadi dalam masyarakat hari ini. Faktor yang menyebabkan murid-murid sekolah rendah terdedah kepada perkara buruk ialah ibu bapa yang sibuk dengan kerjaya, pengaruh rakan sebaya, pengaruh barat dan media massa. Jadi,untuk memastikan murid-murid tidak melibatkan diri dalam perkara buruk serta seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial mereka memerlukan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

Saya merupakan guru bimbingan  dan kaunseling yang baru di Sekolah Kebangsaan Simpang Renggam. Sebagai seorang guru bimbingan dan kaunseling yang baru, saya mempunyai pelbagai tanggungjawab dan matlamat untuk dicapai. Pertama sekali, saya akan menawarkan perkhidmatan yang mesra murid, rakan guru, ibu bapa dan masyarakat. Perkhidmatan mesra yang diberikan oleh saya akan membantu murid meningkatkan keupayaan berfikir dan bertindak secara positif dan berkesan. Seterusnya,sebagai seorang guru dan juga guru bimbingan dan kaunseling murid merupakan aset penting yang perlu sentiasa dibantu dan dibimbing  menerusi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling agar mereka boleh membuat keputusan yang wajar dan betul dalam menjalani kehidupannya. Kemudian,sebelum memulakan perikhidmatan bimbingan dan kaunseling di SK Simpang Renggam saya perlu membuat pemerhatian terhadap murid-murid yang bermasalah dan memenangi jiwa mereka supaya dapat mendahului jangkaan tindakaan murid-murid. Tambahan pula, sebelum memulakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling saya perlu  memastikan murid-murid, rakan sejawat, ibu bapa dan masyarakat di sekolah merasakan saya sebagai seorang yang paling dipercayai, diyakini dan disenangi (trustworthy).




Matlamat saya sebagai seorang guru bimbingan dan kaunseling yang baru di SK Simpang Renggam ialah memberi perkhidmatan yang selesa dan kondusif kepada murid dalam menyuarakan isi hati dan permasalahan mereka seterusnya dapat membuat keputusan yang wajar dan betul. Ini dapat dilihat apabila,murid-murid akan sentiasa mencari saya jika mereka mempunyai sebarang masalah tidak kira di sekolah ataupun di luar sekolah kerana saya merupakan seorang guru yang mereka rasa selesa untuk berkongsi masalah mereka.Meneroka pemikiran murid untuk menyarankan peluang dan ruang kerjaya yang sesuai dengan personaliti mereka juga merupakan salah satu lagi matlamat yang perlu dipatuhi oleh saya dalam perjalanan menjadi seorang guru bimbingan dan kaunseling baru yang berjaya. Lebih-lebih lagi saya perlu memainkan peranan sebagai seorang agen yang membantu pelajar membuat penyesuaian peribadi, sosial, emosi dan akademik dengan keadaan di sekolah, peraturan-peraturan dan tatatertib. Secara peribadi,matlamat saya bekhidmat sebagai guru bimbingan dan kaunseling di SK Simpang Renggam ialah mengubah pemikiran pelajar yang negatif ke arah pemikiran positif. Penukaran pemikiran pelajar ke arah positif bukan sahaja membantu diri pelajar tersebut tetapi membantu dalam mencapai objektif falsafah pendidikan negara iaitu memperkembangkan potensi inidividu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, sosial dan intelek berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Selepas berbincang dengan guru besar SK Simpang Renggam, saya mendapat tahu bahawa sekolah ini mempunyai murid-murid yang bermasalah disiplin dalam ukuran medium dan juga beberapa orang murid yang mempunyai masalah peribadi. Jadi,sekolah ini memang memerlukan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang berkualiti supaya semua murid-murid yang bermasalah disiplin serta masalah peribadi dapat mencari jalan penyelesaian. Masalah disiplin seperti ponteng sekolah,vandalism,pergaduhan juga dapat dikurangkan melalui perkhidmatan kaunseling di SK Simpang Renggam. Selain itu,melalui bimbingan

dan kaunseling  ia akan membantu pelajar melihat siapa sebenar dirinya, apa yang dimilikinya dan menolong individu-individu memahami diri agar menyedari kekuatan-kekuatan dan kelemahan-kelemahan diri. Melalui cara ini, individu dapat mengembangkan kebolehannya ke satu tahap yang maksimum serta memperoleh kesejahteraan hidup.

Beberapa langkah akan dijalankan oleh saya untuk memulakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di SK Simpang Renggam. Pertama sekali,saya akan mengadakan satu sesi bersuai kenalan dengan semua pelajar SK Simpang Renggam. Tujuan sesi bersuai kenalan ini adalah untuk memastikan semua pelajar dapat mengenali saya dan dapat mengetahui perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh saya. Seterusnya,saya akan mendekati murid-murid yang bermasalah secara peribadi kerana ini akan membantu saya dalam mengenali murid-murid ini dengan lebih rapat dan mendalam. Secara tidak langsung ini akan membantu dalam kajian saya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka. Data merupakan perkara yang penting dalam membuat sebarang perkara di dunia ini. Jadi,saya juga akan mengumpul data data psikologi dan sosiologi untuk memahami setiap murid dalam meningkatkan keyakinan diri . Saya juga akan mengkaji sedikit tentang latar belakang murid-murid,sahsiah dan tingkah laku murid-murid sebagai langkah persediaan sebelum memulakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di SK Simpang Renggam. Tingkah laku murid adalah dinamik dan menurut Blocher (1968) setiap bentuk tingkah laku adalah dinamik dan menuju ke arah peringkat perkembangan yang baru. Murid-murid mengalami beberapa perubahan semasa proses perkembangan berlaku. Ada pelajar yang mempunyai perasaan ingin memberontak terhadap ibu bapa atau pihak berkuasa. Ini mungkin timbul akibat rasa menginginkan kebebasan. Jadi,sahsiah dan tingkah laku murid-murid merupakan data penting yang perlu dikumpul oleh saya supaya memulakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dengan jayanya di sekolah yang saya ditempatkan.


           
            Sebagai seorang guru bimbingan dan kaunseling yang baru, saya akan menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan. Ini dapat dilihat apabila saya menyusun program-program seperti aktiviti gotong-royong, kempen anti dadah, kem bina insan murid dan program persatuan ibu bapa dan guru. Saya juga akan menjadikan diri saya sebagai sukarelawan untuk menjadi guru penasihat Kelab Pembimbing Rakan Sebaya. Perkhidmatan yang akan ditawarkan oleh saya dalam kelab pembimbing rakan sebaya ialah melatih ahli pembimbing rakan sebaya peringkat sekolah, menjadi fasilitator dalam aktiviti sekolah serta mengawal dan menasihati ahli kelab pembimbing rakan sebaya dari segi akademik dan sahsiah diri.

            Guru besar SK Simpang Renggam memberi tahu saya bahawa tahun ini beliau ingin mencapai keputusan UPSR dengan peratus kelulusan 100% jadi saya akan menjadi penasihat kepada semua program yang berkaitan dengan tahun 6. Saya akan merancang, menyelia dan melaksanakan program seperti Program Motivasi Skor A kepada murid-murid tahun 6. Melalui program seperti ini pemikiran murid akan bertukar ke arah positif dan ini akan membantu murid dalam mendapat keputusan yang cemerlang. Selain itu,saya juga akan mewujudkan pendidikan yang baru di sekolah saya yang bernama pendidikan pencegahan dadah. Pendidikan ini bertujuan untuk mendidik anak murid tentang kebahayaan dadah dan cara-cara untuk mengelakkannya. Pendidikan pencegahan dadah ini akan membina ketahanan diri pelajar yang kuat dari segi mental, fizikal dan rohani. Program-program yang membantu murid-murid menghabiskan masa lapang mereka dalam cara yang berfaedah juga akan dirancang oleh saya. Sebagai contohnya, saya akan mengadakan pameran buku. Secara tidak langsung pameran buku ini akan meningkatkan minat murid terhadap buku dan untuk membaca.




            Secara kesimpulannya, sebagai seorang guru bimbingan dan kaunseling  tugasan utama yang akan dijalankan oleh saya terdapat tujuh. Berikut merupakan tugasan saya sebagai seorang guru bimbingan dan kaunseling : -

1.    Pembangunan dan pengembangan sahsiah diri murid
2.    Peningkatan disiplin diri murid
3.    Pendidikan Kerjaya murid
4.    Psikososial dan kesejahteraan mental murid
5.    Pengurusan Profil Murid
6.    Pendidikan Pencegahan
7.    Konsultasi keibubapaan













No comments: